RSS

mana yg baik d share~ :DD

Mengapa Aku Berdakwah

Mereka hairan kenapa aku berdakwah,
kesana kemari tak tentu arah,
mereka kata, aku jual maruah.
Aku tak kisah apa mereka kata,
asalkan tuhanku tak marah,

Musuh Allah mengganas dan bermaharajalela.
Kau tahu, bagaimana umat Islam sekarang?
Mereka ditipu, diperbodoh, diseksa dan dibunah.
Itulah akibat mereka lupa tuhan, tak mahu bertaubat.
Mereka sesat, tak tahu jalan pulang.
Aku kasihan tengok mereka,
Itulah sebab aku berdakwah.

Mereka tanya, kenapa aku susah-susah berdakwah?
Kena ejek, kena pulau, kena seksa, kena marah.
Aku senyum mendengar soalan itu.
Mereka tak tahu apa yang aku cari,
Aku cari reda aIlahi, bukan cari puji atau takut kena keji.
Aku cari syurga ilahi, yang nyaman dan berseri.
Aku mahu bertemankan bidadari, bukan bertemankan api dan duri.

Syaitan laknat ketawa bila aku berhenti berdakwah.
Syaitan laknat berpesta bila kurang tentera Allah.
Syaitan laknat bersorak bila aku menyerah kalah.
Aku benci dengar helai tawa syaitan.
Aku benci jadi kawan syaitan.
Itu sebab aku akan terus berdakwah,
hingga ketitisan darah merah.

0 comments:

Post a Comment